100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM AL QUR’AN

1. Jangan berkata kasar.

(QS 3 – Ali Imran : 159)
2. Tahanlah marah.
(QS 3 – Ali Imran : 134)
3. Berbaiklah kepada orang lain.
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)
4. Jangan sombong dan congkak.
(QS 7 – Al A’raaf : 13)
5. Maafkanlah kesalahan orang lain.
(QS 7 – Al A’raaf : 199)
6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.
(QS 20 – Thaahaa : 44)
7. Rendahkanlah suaramu.
(QS 31 – Luqman : 19)
8. Jangan mengejek orang lain.
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)
9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapak).*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapak).
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapak tanpa izin.
(QS 24 – An Nuur : 58)
12. Catatlah hutang-hutangmu.
(QS 2 – Al Baqarah : 282)
*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.
(QS 2 – Al Baqarah : 170)
*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.*
(QS 2 – Al Baqarah : 280)
*15. Jangan makan riba’/membungakan uang*
(QS 2 – Al Baqarah : 1)
*16. Jangan melakukan korupsi)*
(QS 2 – Al Baqarah : 188)
*17. Jangan ingkar atau melanggar janji*
(QS 2 – Al Baqarah : 177)
*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan*
(QS 2 – Al Baqarah : 42)
*20. Berlakulah adil terhadap semua orang*
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)
*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas*
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)
*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*23. Wanita memiliki hak waris*
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)
*24. Jangan memakan harta anak yatim*
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)
*25. Lindungi anak yatim*
(QS 2 – Al Baqarah : 220)
*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya*
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)
*27. Damaikanlah orang yang berselisih*
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)
*28. Hindari perasangka buruk*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*29. Jangan terlalu percaya sama orang*
(QS 2 – Al Baqarah : 283)
*30. Jangan memfitnah orang*
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)
*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)
*32. Biasakan memberi makan orang miskin*
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)
*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah*
(QS 2 – Al Baqarah : 273)
*34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah*
(QS 17 – Al Israa’ : 29)
*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu*
(QS 2 – Al Baqarah : 264)
*36. Hormatilah tamu anda*
(QS51AdzDzaariyaat26)
*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri*
(QS 2 – Al Baqarah : 44)
*38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi*
(QS 2 – Al Baqarah : 60)
*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid*
(QS 2 – Al Baqarah : 114)
*40. Perangilah mereka yang memerangi mu*
(QS 2 – Al Baqarah : 190)
*41. Jagalah etika perang*
(QS 2 – Al Baqarah : 191)
*42. Jangan lari dari peperangan*
(QS 8 – Al Anfaal : 15)
*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)*
(QS 2 – Al Baqarah : 256)
*44. Berimanlah kepada para Nabi*
(QS 2 – Al Baqarah : 285)
*45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid*
(QS 2 – Al Baqarah : 222)
*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh*
(QS 2 – Al Baqarah : 233)
*47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah*
(QS 17 – Al Israa’ : 32)
*48. Pilihlah pemimpin yg pantas. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya*
(QS 2 – Al Baqarah : 247)
*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya*
(QS 2 – Al Baqarah : 286)
*50. Jangan mau dipecah belah*
(QS 3 – Ali Imran : 103)
*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini*
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)
*52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya*
(QS 3 – Ali Imran : 195)
*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu*

(QS 4 – An Nisaa’ : 23)
*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki*
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)
*55. Jangan pelit*
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)
*56. Jangan iri hati*
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)
*57. Jangan saling membunuh*
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)
*58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan*
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)
*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*60. Bekerja samalah dalam kebenaran*
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)
*61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran*
(QS 6 – Al An’aam : 116)
*62. Berlaku adil*
(QS 5 – Al Maa-idah:8)
*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan*
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)
*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum*
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)
*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)
*66. Hindari minum racun dan alkohol*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*67. Jangan berjudi*
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)
*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain*
(QS 6 – Al An’aam : 108)
*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu*
(QS 6 – Al An’aam : 152)
*70. Makan dan minumlah secukupnya*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat*
(QS 7 – Al A’raaf : 31)
*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan*
(QS 9 – At Taubah:6)
*73. Jagalah kemurnian*
(QS 9 – At Taubah : 108)
*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah*
(QS 12 – Yusuf : 87)
*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kebodohannya*
(QS 16 – An Nahl : 119)
*76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana*
(QS 16 – An Nahl : 125)
*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain*
(QS 17 – Al Israa’ : 15)
*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan*
(QS 17 – Al Israa’ : 31)
*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya*
(QS 17 – Al Israa’ : 36)
*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanafaat*
(QS23–Al Mu’minuun:3)
*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin pemilik rumah*
(QS 24 – An Nuur : 27)
*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah*
(QS 24 – An Nuur : 55)
*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati*
(QS 25 – Al Furqaan : 63)
*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan*
(QS 28–Al Qashash : 77)
*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah*
(QS 28 – Al Qashash:88)
*86. Jangan terlibat dalam homosexual*
(QS29–Al ‘Ankabuut : 29)
*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar*
(QS 31 – Luqman : 17)
*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong*
(QS 31 – Luqman : 18)
*89. Wanita dilarang memamerkan diri*
(QS 33 – Al Ahzab : 33)
*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita*
(QS 39 – Az Zumar : 53)
*91. Jangan berputus asa akan keampunan dari Allah*
(QS 39 – Az Zumar : 53)
*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan*
(QS 41 – Fushshilat : 34)
*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah*
(QS 42–Asy Syuura : 38)
*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa*
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)
*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)*
(QS 57 – Al Hadid : 27)
*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu*
(QS58–Al Mujaadilah11)
*97. Perlakukan kaum bukan Islam dengan baik dan adil*
(QS60-Al Mumtahanah:
*98. Hindari diri dari sifat kikir*
(QS64–AtTaghaabun:16)
*99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang*
(QS73–AlMuzzammil;20)
*100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta*
(QS 93–Adh Dhuhaa: 10)

Semoga manfaat , dapat menjadi Pelajaran dan bisa diamalkan dalam keseharian.🙏🏼n bisa diamalkan dalam keseharian.🙏🏼

Hati-Hati dgn SCAMMER di AL-HARAMAIN

Salam Semua

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tiada Scammer. Bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.

CARA KASAR:-
Cara 1.

  1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)

Cara 2:-

  1. Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini biasanya dilakukan oleh orang Indonesia. Dia akan himpit kita dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1,000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2..

Cara 3:-

  1. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah lihat depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya “saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkial-kial dgn lelaki tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu beri dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal) – hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.

Cara 4:-

  1. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss… kitaa akan dikerumun oleh “mereka”

Cara 5:-

  1. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan… (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.

CARA HALUS
(Lebih kepada Psychology)

  1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)… saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la..

Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa..

saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH:-

  1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita..
  2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa.
  3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).
  4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling..
  5. Murung

Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah.

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua baik, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa mengambil kesempatan.

Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk… Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)

Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada… jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni “kalau” amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT…

  • kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

#khadamharamain

#khadamharamaintravelandtour

#mutawwif #gengjubahputih

#umrah

#mekah

#madinah

Sumber whatsapp group BAKES UTM

STEERING WHEEL

Operating and installing instruction.

Manual ni untuk hangpa yang nak install steering apabila nak tukar baru. Maybe steering tu rosak ke, getah tercabut ke atau simply sebab nak melawa.

Page 1 dan 4 manual
Page 2 dan 3 manual
Ni la steeringnya

The steering wheel can be bought in shoppee. Tak mahal la, range harga RM30.00 hingga RM100.00.

Pengalaman aku ni install steering baru beli dari shoppee kat kereta kancil aku.

Kereta kau dah kena ada mangkuk untuk pasang steering. Kalau takde, kau kena cari kedai aksesori untuk pasang. Lepas pasang mangkuk tu dah boleh tukar2 steering.

Pasangnya tak susah mana, kena ada screw driver philips, spanar 12 dan 10, maybe kena ada spana dan soket 17.

Cabarannya nak pastikan horn kau function. Tu sebab kena ikut manual ni.

Anak aku yg pasang ni, baru 18 tahun dan boleh buat, maknanya memang tak susah sangat la.

Dah dapat steering baru, negara masuk fasa 3 dan buka sempadan aje, syok la pegi jalan-jalan. Steering pulak mangkuk dalam. Rasa handling pun improve.

Kalau kau beli dan pasang steering kat kedai aksesori, kau boleh kena pau. Dulu aku pasang steering kat kedai aksesori, harga RM130.00 siap pasang. Aku beli steering yang sama cuma RM28.00 aje, pasang sendiri.

Laa ni bila steering tu dah rosak, aku tukar yg molek sikit la harga RM98.00, pemegang pun macam baldu. Harap yang ni tahan lama la.

Sekian perkongsian aku.

CATATAN PENGALAMAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 1924

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.

~ credit to whatsapp group Muafakat Pulai Perdana, posted by username Rudi; 01ms18tt69

Tempoh bela ayam sehingga boleh dijual

Tadi masa rehat lepas SRS kami peronda borak2. Chief KRT kami En Nordin bagitahu, kawan dia cakap kalau nak bela ayam ni, kena jual pd hari ke-45. Sebab selepas 45 hari, berat ayam dah tak naik lagi, so rugilah masih kena beri makan dedak. Kos tu…

Lagipun selepas 45 hari, jika continue beri makan juga, ayam tu meningkat naik lemaknya. Susah la nak buang waktu siang. KFC pun hanya akan beli ayam yg ke 45 hari umurnya.

Dan kau notis tak, lori ayam jalan waktu malam aje. Sebab kalau jalan waktu siang…panas. Ayam cepat mati. Rugi la tokey ayam. So tokey ayam mesti dah siap plan bila satu batch ayam jejak 45 hari, dah tahu kat mana nak sampai utk disembelih.

Sekian perkongsian aku. Semoga bermanfaat.

History of Jurnal Teknologi

6 series OLD of JT

Journal History

Jurnal Teknologi was first published in April 1977, then known as Teknologi. Its publications, however, only began to take off on regular basis in 1992.

The publication of Jurnal Teknologi aims to be the forum for UTM academics to write and publish their latest work. Specifically, the journal serves to disseminate to the public results of current and on-going research projects conducted by UTM academics in various fields.

As the journal continues to grow, starting from June 1999, with volume No. 30, Jurnal Teknologi was revamped. The journal now comes in a set of six series (A – F), published twice a year (June and December). Each series specifically focuses on specialized fields: A (Manufacturing, Advanced Materials, Energy, and Transport); B (Construction, Design, and Planning); C (Science and Mathematics); D (Electronics, Control, Communication, and Information Technology); E (Management, Education, and Social Sciences) and F (Environment and Process Technology).

Starting from year 2010, six series of Jurnal Teknologi were merged into two series known as; Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) and Sains Humanika (Social Sciences). Published online three time a year (January, May and September).