Nostalgia bersama teman yang pernah berkhidmat sama…

Peh… kebanyakan gambar di atas diambil sekitar tahun 2006 sehingga tahun 2008. Kenangan yang diambilkira meliputi premis lama pejabat kami di Taman Universiti dan kebanyakan aktiviti ketika itu… Ada aktiviti pameran buku, gambar di setor runcit, lawatan ke KL…

Ada juga gambar kulit buku yang menggunakan gambar kami… kenang2an tu… bukan selalu gambar staf bawahan macam kami ni diambil kira….

Kali ini Ibrahim pulak muka dia calar kena dengan Driver Van

19 Ogos 2011 : Kali ni, Ibrahim (anak kedua aku) pulak calar mukanya kena dengan si Rafi. Selepas di siasat, memang anak aku nakal, tapi atas apa cara pun Rafi tak bolehlah pedajalkan anak aku sampai calar muka dia…. sakit hati jugak aku tengok, habis pahala puasa aku mcm rasa nak maki aje si Rafi tu…

Tapi takpe, aku kasik seminggu aje lagi dia hantar anak aku. Lepas raya, kami hantar sendiri budak2 tu, baik aku bayar pakcik aku dari bayar dia… rugi mileage ajelah kereta aku… tapi rafi xde chance lagi nak kekah anak aku.. padan muka dia takde duit. RM140 sebulan tu… dah le aku htr sendiri pagi tiap2 hari dia tak kasi diskaun… Memang dah tak serasi… camnilah akhirnya….

ni kira trial lah kepada pakcik aku… sebab tahun depan tambah lagi dua orang… dapat dia duit kocek…

Anakku kena cubit dengan driver van sampai luka…

28Jun2011 – Sungguh tak patut… Rafi driver Van sekolah geram sgt dgn perangai anak first aku (muhammad amirul), dia cubit sampai luka, kami baru tahu sebelum ni pun dia ada pukul dan cubit anak kedua aku sekali… aku dah telefon dia dan minta penjelasan. Dia dah minta maaf dan aku minta dia jangan ulang kejadian tersebut…. aku pun dah sound anak2 aku jgn nakal dan behave tapi bagitahu aku kalau kejadian sama berulang…

Esoknya anak aku bagitahu dia dah minta maaf dgn Rafi. nampaknya hubungan mereka dah baik, tapi tak tahulah belakang aku kan….

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.