Tempoh bela ayam sehingga boleh dijual

Tadi masa rehat lepas SRS kami peronda borak2. Chief KRT kami En Nordin bagitahu, kawan dia cakap kalau nak bela ayam ni, kena jual pd hari ke-45. Sebab selepas 45 hari, berat ayam dah tak naik lagi, so rugilah masih kena beri makan dedak. Kos tu…

Lagipun selepas 45 hari, jika continue beri makan juga, ayam tu meningkat naik lemaknya. Susah la nak buang waktu siang. KFC pun hanya akan beli ayam yg ke 45 hari umurnya.

Dan kau notis tak, lori ayam jalan waktu malam aje. Sebab kalau jalan waktu siang…panas. Ayam cepat mati. Rugi la tokey ayam. So tokey ayam mesti dah siap plan bila satu batch ayam jejak 45 hari, dah tahu kat mana nak sampai utk disembelih.

Sekian perkongsian aku. Semoga bermanfaat.

Leave a comment