ADAB MEMBACA AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini. Terjmahan oleh: Bro. Syarief.

1. Jangan engkau baca al-Quran sebagai pilihan terakhir, iaitu bila kamu free. Khusus kan untuknya waktu tertentu, yg bebas dari sebarang gangguan.

2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dg Isti’azah (A’udzu billah..), kemudian Basmalah (Bismillah…) dan minta lah agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

3. Bacalah dg suara yg sederhana, tak terlalu kuat hingga engkau sesak dan terganggu, dan tak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Laju bacaanmu juga biarlah sederhana, tak terlalu laju sehingga terpotong2 ayatnya (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan hingga engkau sendiri resah.

4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Siapa yg mengagungkan al-Quran di dlm hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Oleh itu jangan engkau putuskan bacaanmu dg perbualan bersama orang lain.

5. Generasi salaf dahulu apabila mereka putuskan utk baca satu surah, mereka tidak akan berhenti hingga sempurna bacaan surah tersebut. Ini adalah di antara adab dg kalam Allah. Membaca sebahagiannya memutuskan ayat.

6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kpd sesiapapun. Jika ada orang ingin berbicara dgmu, berikan isyarat dg tanganmu meminta maaf. Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

7. Jika engkau perlu berhenti membacanya untuk berbicara dg seseorang (yg mengajak mu berbicara), jangan terus berhenti untuk menjawabnya.
Dia hendaklah menunggu sehingga kamu berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

8. Hendaklah engkau gerak kan lidahmu ketika membaca al-Quran. Adapun membaca dg mata sahaja tiada ganjaran dan tidak dianggap membaca.
Ini spt yg difatwakan oleh Ibn Baz RahimahulLah.

9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kpd kalam Allah ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dg melihat hp, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

10. Aku nasihatkan kamu agar pergi ke sebuah masjid yg jauh, yg engkau tidak biasa dengannya. Bagi wanita, pergi ke sebarang bilik atau ruangan yg terasing supaya kamu dapat bersendirian bersama kalam Allah, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat2Nya.

11. (PENTING!!) Seburuk2 pendampingmu ketika sedang membaca al-Quran ialah hpmu. Oleh itu aku nasihatkan agar engkau tinggalkan ia di rumah atau di dlm kenderaan (dlm keadaan yg selamat) dan engkau pergi baca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melalui hp itu.

12. Semasa engkau membaca, engkau akan menemui ayat tentang rahmat dan ancaman.
Berhentilah pada sebahagian dari ayat tersebut. Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kpd Allah akan kelebihanNya.
Baginya, terdapat kesan yg sangat besar kpd hati.

13. Jika engkau tidak lancar membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dg baik, ketahuilah bahwa ganjaran pahala utk engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dlm susah). Aku pesan kpd engkau supaya muat turun rakaman al-Quran di dalam hpmu dan belajar membaca dg mengikuti bacaan dlm rakaman itu.

14. Habiskan bacaan engkau pada hujung surah. Itu adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di juz. Ibn ‘Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

15. Jangan engkau terlalu petingkan utk menghabiskan sesuatu juz. Sebaliknya tumpu kan juga kpd usaha mentadda bur dan apa2 yg lain yg membantu kamu utk mengulang sesuatu ayat sama ada 2, 3, 10 atau beberapa kali, hingga hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari kamu.

Posted from WordPress for Android

24 September 2015 : Yusuf lelah lagi

Akhirnya setelah food poisoning, yusuf lelah juga….permulaan dgn batuk berterusan, tgh mlm masih ok tapi bila subuh menjelang….dah naik turun dada dia. Aku kurang khuatir, sebab dah 2 hari yusuf berterusan ambil antibiotik. Mcm manapun kena bawak juga ke klinik dan kena nab. Masa kat klinik org dah solat sunat aidiladha. Maka genaplah 2 tahun aku tak solat sunat psl yusuf lelah. Ya Allah, sembuhkanlah lelah Muhammad Yusuf Iman. Sihatkanlah anak2 ku yg lain. Hanya padaMu kami berserah dan memohon pertolongan.
*note – cuaca mendung kerana jerebu 2nd wave yg melanda malaysia.
image

Posted from WordPress for Android

22 September 2015 : Yusuf sakit perut dan demam melampau

Mak aku call jam 12tgh, aku tgh kerja. Mak kata Yusuf demam panas kuat sangat. Siap muntah. Perkara pertama aku risau, pasal lelah dia. Tapi la ni dah masuk hari kedua, tak juga lelah tapi batuk dah mula kerap. Pergi penawar doktor terus masuk ubat bontot dan diberi antibiotik. Kalau dlm tempoh 24 jam demam tak baik, dr nasihatkan pegi hospital. Alhamdulillah, setakat 2 hari ni, demam kebah. Cuma masih sakit perut sikit2 dan cirit birit. Semoga kau cepat baik yusuf. Semoga korang adik beradik Allah beri kesihatan dan umur panjang yg berkat.

Posted from WordPress for Android

PENGORBANAN IBU BAPA

Ulang siar peringatan buat saya.
✔Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.

Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana org tua yg dibawanya tak berupaya berjalan. Saya tolong menyorong ke dlm dan duduk disebelahnya.
“Saya tengok Mak Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ke? soal saya memula bicara.

“Suami dah meninggal. Anak dah kerja & dah kahwin, tinggal berasingan. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi.” Dia diam sejenak.

Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.
“Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jgn mengharapkan dia untuk menyenangkan hidup kita.” Dia mula mengesat air mata. “Dosa berkata “uuh!” pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka hidup tanpa diganggu.

Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata.

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ibu, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg Tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dgn dunia yg perlu dihambat!

Ibu dan bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibubapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia..

Posted from WordPress for Android

PADA YG 50, 50++, DKT2 50 S U D A H M E L E B I H I ? S E D A N G M E N G H A M P I R I ? M A S I H J A U H L A G I ?

Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ

Posted from WordPress for Android